Showing posts with label book. Show all posts
Showing posts with label book. Show all posts

Thursday, December 29, 2011

Kau akan berhasil dalam setiap pelajaran

i am delighted sebab jumpa byk quote Pramoedya Ananta Toer
ada satu dari nya yang saya tulis besar2 dan tampal sedari sy sekolah lg.
begitu menginspirasikan.


“Kau akan berhasil dalam setiap pelajaran, dan kau harus percaya akan berhasil, dan berhasillah kau; anggap semua pelajaran mudah, dan semua akan jadi mudah; jangan takut pada pelajaran apa pun, karena ketakutan itu sendiri kebodohan awal yang akan membodohkan semua”
Pramoedya Ananta Toer


berbanding novel sidney sheldon, saya percaya buku2 hasil beliau lebih kuat karakter nya kerana dia berjuang untuk hidup.
hari ini saya bercita- cita untuk membaca semua buku2 tulisan mereka.
hehe.
cita- cita

Tuesday, March 15, 2011

anak- anak indigo



yeah! dah habes baca buku ni, sekejap je saya baca buku ni, senang faham macam buku budak- budak.
seronok taw, rupa- rupanya dalam dunia ni ada sekumpulan anak- anak bijak yang dikenali sebagai anak- anak indigo..mereka sangat bijak dan berkebolehan.

ada banyak benda nak tulis, tapi dah lupa sebab dah lama habis baca buku ni.ergh, menyesal pulak. patut tulis je apa yang terpikir aritu. what is not written, does not exist.

Novel Tuhan Manusia

Andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama.

Imam Jaafar As- Sadiq berkata:

Ilmu takkan diperoleh hanya dengan belajar kerana ilmu itu ialah sinar petunjuk, untuk mendapatkan ilmu haruslah terlebih dahulu memahami hakikat ubudiyyah. Kalau orang yang menuntut ilmu itu mengamalkannya barulah ilmu melekat. Allah pun memberi pengertian.

Ubudiyyah itu apa?

Hakikat ubudiyyah itu:

1- Ialah tidak melihat segala yang Allah berikan kepadanya sebagai miliknya sendiri. Kerana seorang hamba seperti kita ini tak ada hak milik. Harta yang ada harta Allah, kita belanjakan semuanya dengan perintah Allah.

2- Hamba tak mengatur diri, kita menjadi sibuk kerana perintah ALLAH. Apa sahaja yang kita lakukan kerana itulah...dengan itu kita berasa ringan kerana kita tak rasa dibebani oleh apa pun.

3- Bila kita sudah menyerahkan urusan kepada Pengurus paling atas, segala musibah dunia pun menjadi ringan. Kerana proses itu akan membolehkan kita merendah diri. Kita tak perlu lagi mencari dunia, untuk mencapai sifat takatsur atau berbanyak- banyak dan tak perlu pula berbangga yang bukan- bukan dengan sifat takabbur.

Jadi begitulah, jika orang mengamal dan memahami sifat ubudiyyah, maka penderitaannya pun lenyap.

Sematkan ini sampai bila- bila: andai kota itu peradaban, rumah- rumah di dalamnya haruslah menjadi binaan budaya, dan tiang seri setiap rumah yang didirikan itu hendaklah agama, dan agama yang dimaksudkan tentulah agama yang berpaksikan tauhid. Peganglah itu sampai bila- bila.


Plagarisme sepenuhnya dari Novel Tuhan Manusia


Bersyukur kerana berjaya menyudahkan pembacaan buku ini. Sangat bermanfaat, sangat membuka minda. Sangat memberi erti. Alhamdulillah.

Berhenti- hentilah menjadi manusia yang terikut- terikut dengan kebobrokan hedonisme. Mari kita menjadi lebih baik, lebih sedar dan sentiasa berusaha memperbaharui iman.

Saturday, October 30, 2010

First Impression Lasts & The Theory of Closure



Pandangan/ presepsi pertama yang kita miliki pada seseorang/ sesuatu akan kekal/ tak akan berubah. Ia kemudian menjadi memori.

30 october 2010. Saya selesai membaca sebuah lagi novel yang dipinjam dari Hannah yang kaya buku dan budi. Novel Sang Pemimpi. Karya Andrea Hirata. Sebuah novel Indonesia.

Kenapa tajuk entry ‘first impression last’. Kerana saya tidak mempunyai pandangan pertama yang mengasyikkan terhadap buku ini. Pernah saya tuliskan di blog ni; resepi sebelum membaca/membeli buku adalah dengan membaca catatan pengarang buku tersebut. Dan catatan pengarangya bagi saya tidak menarik dan tidak menjemput pembaca ke dimensi alam karyanya. Pengarang begitu merendah diri..membandingkan diri beliau dengan penulis- penulis agung lain..

aku bukan Antonio Skarmeta, …sayangnya aku ini bukan Alexander McCall Smith.

Lantas buku ini ditutup dan disimpan sahaja. Tidak menarik. Pandanganku.

Kerana saya di ajar untuk tidak merendah diri pada permulaan sesuatu. Umpamanya memulakan public speaking..anda telah berkata..

You’re going to be bored, my presentation is very long.

I am really sorry because my English is not very good.

Mulakan sesuatu dengan penuh semangat berusaha sedaya menarik perhatian audien atau pembaca kerana mereka sebenarnya tiadak mempunyai sebarang presepsi negatif pada anda melainkan anda yang mahukan ia begitu!

Tapi novel itu tetap saya aturkan bersama timbunan nota yang perlu di habiskan untuk final exam. Puas membaca nota Pharmacokinetic..saya jeling2 je nota Dosage Design dan saya mula membaca Sang Pemimpi. Dan hahaa~ lucu. Kisah 3 anak muda yang nakal yang lucu. Mereka bijak. Bersekolah di sekolah terbaik daerah mereka. Dan bekerja membanting tulang seawal jam 2 pagi untuk mencari rezeki meneruskan kehidupan. Buku yang mengagumkan. Banyak perkataan yang sukar difahami tapi makna mendalam sekali. Baru sejam yang lalu saya habiskan. Begitu menyerigai.

Ia membuktikan Theory of Closure yang saya baru tahu dari Saudara Amin Idris beberapa minggu yang lalu.

Theory of Closure adalah sebuah ilmu psikologi tentang penghujung/ penutup yang baik.

Pernah mendengar lecture yang begitu difahami tapi saat memberi kesimpulan, pensyarah mengatakan sesuatu yang 360° berbeza dari apa yang kita fahami dari beliau beberapa saat yang lalu? Eh, kenapa berbeza dan kita mula terkebil- kebil.hu~

Atau..

Pernah mendengar satu lecture yang amat tidak difahami tapi tatkala memberi kesimpulan, lecturer mengatakan sesuatu yang begitu mudah dan senang difahami. Dan kita berkata. Ahh, itu yang dimaksudkan rupanya!

Penutup memberi impak yang mendalam!

Begitulah yang berlaku kepada saya. Penutup kisahnya begitu mengujakan. Mendapat segala yang diidamkan sedari kecil kerana usaha keras dan keyakinan yang tak pernah putus. Penulis mencatat beliau menerima tawaran belajar di Sarbonne, Perancis seperti yang di idamkan. Tiada yang perlu di sangkal kerana ia adalah catatan sebuah kisah benar! Perjuangan meneruskan hidup. Memahami dan menghargai makna seorang teman. Menjiwai kasih sayang ibu dan ayah. Dan kebijaksanaan dan kesungguhan.


“orang seperti kita tak punya apa- apa kecuali semangat dan mimpi- mimpi. Dan kita akan bertempur habis- habisan demi mimpi itu!!”

“Tanpa mimpi, orang seperti kita akan mati..”

SANG PEMIMPI – novel yang membangkitkan semangat-

Andrea Hirata


Adik- adikku, teruskan usaha menggapai mimpi- mimpi kita. Dalam doa dan usaha. =)

30 october 2010

(kak long doa bia qlate mene! GKG!)



Tuesday, October 19, 2010

novel






17 october 2010 Selesai membaca saasatul ibad, sebuah lagi karya agung faisal tehrani. Kembali ke alam melayu lama. Memahami. Mengerti. Menghayati.

Faisal tehrani berpesan di nota pengarang. ‘selamat dikejutkan, jangan katakan yang saya tidak berpesan dari awal’..ha, menarik sekali kata- kata pembukaan.begitu mengujakan. Mengundang minat. Tercari- cari di mana kejutan itu.

Bukan sedikit rasa bosan dan mengantuk. Bab pengajaran ilmu- ilmu sebagai political players@pemain politik@saasatul ibad acap kali diakhiri dengan tertidur. Tinggi bahasa. Dalam makna. Hilang sabar, tinggalkan sahaja dulu. Habiskan kisah di zaman pemerintahan Sultan Mahmud Mangkat di julang. Uweek, memang serasa ingin muntah tatkala menghampiri klimaks cerita ini. Dan semestinya terkejut seperti yg dijanjikan pengarang!!

Acap kali kala tiba di bahangian bahasa melayu klasik (aneh bg saya) dan pantun yg dalam maknanya, saya perlu membaca dengan kuat untuk lebih menghayati.ha~

Saasatul ibad adalah bimbingan rohaniah Dato Utama Mahdi Hasan untuk Tun Abdul Jalil dalam menyediakan beliau sebagai pelaku siasah yang hebat. Inilah didikan dalam usaha projection beliau untuk melahirkan pemimpin yang berkebolehan dan berkemampuan.

Teringat tatkala membaca karya Paramoedya Ananta Toer, sasterawan agung Indonesia. Ummi dan Abah tidak henti- henti berdiskusi tentang karya beliau. Ada 4@ 5 novel beliau. Ia rentetan. (Anak Bumi, Rumah Kaca…). Diskusi mereka begitu menarik minat, saya menekuni seusai peperiksaan PMR. Belajar menghargai kehidupan. Bukan mudah hidup di bawah naungan penjajah dan berhempas pulas memperjuangkan kemerdekaan.

Masih teringat tatkala meberitahu abah, “Abah, kak long baru habis baca Tenggelamnya Kapal Van der Wick Buyya Hamka”. Kata abah, buku tu sangat best. Tak boleh berhenti baca tengah- tengah jalan sebab pasangan kekasih tu sentiasa saling berbalas surat.haha,tergelak saya abah kata gitu. Tulis buyya Hamka di nota pengarang. Semua orang mengutuk saya sewaktu saya menghasilkan novel ini. Kata mereka bagaimana mungkin seorang ulama menghasilkan novel cinta. Jujurnya, bukan sekali dua sewaktu pembacaan ,saya melopong membaca tulisan-tulisan cintan cintun karya ulama itu. Owh,benarkah ni tulisan buyya Hamka?bukan novel alaf 21? Kerana cinta adalah anugerah, tulis beliau lagi.

Peperiksaan akhir semester akan bermula kurang dari 2 minggu. Ada timbunan nota yg perlu dihabiskan. Ada lautan ilmu yg perlu di gali. Berikan saya kata-kata aluan yang hebat.moga mengundang minat dan ketabahan yang jitu untuk menghadapinya. =)

selamat membaca.selamat mencari ilmu.

Tuhan kurniakan kami pemimpin yang beriman dan berikan kami kekutan padu untuk berpegang teguh pada ajaran agama MU.amen.

p/s- terima kasih hannah pinjamkan saasatul ibad yang hebat! =)

Tuesday, December 15, 2009

Manikam Kalbu yang menghiris sukma



Selesai membaca novel manikam kalbu yang sarat dengat ilmu, padat dengan pengertian dan diselit lelucon mencuit hati.

Seronok sekali membaca banyak tentang fabric, busana dah pakaian di dalam buku ini. Banyak yang saya tidak fahami, cuba ada sikit- sikit yang mampu dihadam. Penjelasan jahitan sembat susup tu saya tahu sebab biasa buat dan saya baru tahu Cindai adalah sejenis kain bukan semata lagu Siti Nurhaliza!
Teringat lawatan ke Pusat Tenun di Raja Pahang sambil membaca buku ni. Dari proses mewarnakan benang, memintal benang dalam gunungan, dan menjadikan ia dalam bentuk kain.



Sesiapa memakai tetapi terbuka aurat

Tanda imannya sudah berkarat

Tanda orang yang tidak semenggah

Berkain baju berdedah- dedah

Barangsiapa memakai singkap menyingkap

Tanda dirinya tiada beradab

Adab orang melayu jati

Berkain baju berhati- hati

Apabila berkain baju yang tipis

Di siulah tempat setan dan iblis

Apabila memakai baju terlalu jarang

Malu tak ada

Aib pun hilang

Sesiapa memakai akan pakaian yang tembus mata

Tanda dirinya di dalam nista

Ingat lah apabila memakai yang ketat ketat

Agama hilang binasa adat

Barangsiapa berbaju sempit

Imannya malap jiwanya sedikit

Tanda Melayu memegang adat

pantang dia berbaju ketat

Tanda orang beriman teguh

pakaian sempit memang dijauh

Faisal Tehrani- manikam kalbu-



Terasa segar sekali. Saya percaya ini yang saya mahukan dari sebuah tulisan. Teguran dan kawalan perlu wujud. Jangan kerana biasa maka ia tidak mengapa, sedang Tuhan tidak pernah alpa, setiap perbuatan itu akan dipertanggungjawabkan.

Sunday, June 21, 2009

buku oh buku

meyentuh hati, meruntun jiwa..kisah seorang gadis yang mencabar potensi diri dalam kemelut kemiskinan dan kepayahan..
Dari Beirut ke Jurusalem-kisah benar seorang doktor non- muslim yang berhempas pulas menyelamatkan mangsa penyembelihan shabra dan shatila 1982. rawatan dalam kekalutan peperangan tanpa peralatan dan keperluan yang mencukupi.ketika kehabisan ubat bius untuk merawat seorang remaja yang cedera di tembak dr swee berkata "saya minta maaf, ia pasti agak menyakitkan" dalam senyum pemuda itu menjawab "doktor, anda lupa saya orang palestin". tergamam, dr swee sedar kesakitan dan kepayahan adalah perkara biasa bagi setiap orang Palestin..

tunggu teduh dulu- kisah hidup salsabila fahim.."ORANG TAK BOLEH PANDANG KITA LEMAH, KITA PEREMPUAN ISLAM YANG ADA KEKUATAN DAN MARUAH"
menhkayakan ilmu tentang kekuatan spiritual..

Friday, December 12, 2008

Buku Principle- centered leadership oleh Stephen R. Covey



Stephen R. Covey is also an author for THE 7 HABITS OF HIGHLY EFFECTIVE PEOPLE. This PRINCIPLE- CENTERED LEADERSHIP according to the author is to be read after you complete reading the 7 habits ( or at least in my opinion you know about it coz I oso not finish reading the book only read da synopsis and hearing a lot of people talking about it)
Let’s recall back what all those 7 habits are
Habit 1 : Be Proactive
Habit 2: Begin with the End in Mind
Habit 3: Put First Things First
Habit 4: Think Win-Win
Habit 5: Seek First to Understand, Then to Be Understood
Habit 6: Synergize
Habit 7: Sharpen the Saw

Sebenarnya saya tak habis lagi baca buku ni tapi mungkin lambat lagi nak abes bca kot. Bahasanya payah and u have to read it loud macam baca quran and tak semena mena at the end of the page u ask urself: oh, aku baca apa ni n u have to read it once again. Anyway, regardless of all those problems kalu jumpa buku ni baca saje.GANBATE!!
MEH SAYA KONGSIKAN SATU RAHSIA YANG SAYA DAPAT DI ZAMAN ZAMAN SAYA DOK SEKOLAH MAAHAD LAGI: KALAU TAK SEMPAT BACA BUKU KESELURUHANNYA ATAU (MUNGKIN MALASS) JGN TINGGAL JE BUKU TU GITU, AT LEAST BACA PART PREFACE ATAU PENDAHULUAN PUN CUKUP SEBAB BACA PART TU PUN SEBENARNYA ANDA SUDAH BOLEH DAPAT GAMBARAN KESULURUHAN REGARDING THE CONTENTS OF THE WHOLE BOOK)
Dalam buku ni, Stephen R. Covey (SRC) cerita lepas buku 7 habits dia tu laku habis dia mula jumpa ramai orang yang ada sincere intention untuk berubah dan berusaha untuk jadi lebih baik tapi guna variety of ill- advised approached yang akhirnya 7 habit yang beliau cadangkan tu berubah jadi 7 habit of INEFFECTIVE people, bak kata abangnya John Covey:
• Be reactive: doubt yourself and blame others
• Work without any clear end in mind
• Do the urgent thing first
• Think win/lose
• Seek first to be understood
• If you can’t win, compromise
• Fear change and put off improvement
The main idea in this book adalah kalau nak Berjaya begantung pada diri sendiri:
Apa yang paling penting adalah kita sendiri kena jadi orang yang hebat dan boleh dipercayai dan untuk mencapai semua itu tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menjadi orang yang mempunyai prinsip dan berpegang teguh kepada prinsip tersebut.
We often think of change and improvement coming from the OUTSIDE IN rather than from the INSIDE OUT. Even if we recognize the need for change within, we usually think in terms of learning new skills, rather than showing more integrity to basic principles. PRINCIPLE- CENTERED LEADERSHIP introduced a new paradigm- that we center our lives and our leadership of organizations and people on certain “true north” principle.( Quote from pg 18)
Kita senang bekerja dengan orang yang kita percaya kan?
When trust is HIGH, we communicate easily, effortlessly, instantaneously. But when trust is LOW, communication is exhausting, time-consuming, ineffective and inordinately different.( Quote from pg 18)
Reading motivational book you have to read it from the very beginning until the end because the author will introduce his own terms and way to describe his own idea which can only be understood when you fully indulged in his book.
Centering life on correct principles is the key to developing this RICH INTERNAL POWER IN OUR LIVES AND WE CAN REALIZE MANY OF OUR DREAMS
The FOUR crucial dimensions in our lives are SECURITY, GUIDANCE, WISDOM AND POWER.
Lacking SECURITY and SELF- ESTEEM, we tend to be emotionally dependent on others.
Lacking WISDOM, we tend to repeat past mistake.
Lacking GUIDANCE, we trend to follow trends and fail to finish what we start.
Lacking POWER, we tend to reflect what happens to us and react to external condition and internal moods.

In organizational part, TREAT PEOLPLE THE WAY YOU WANT THEM TO TREAT YOU.