Friday, October 29, 2010

Make Me Strong Lyrics


I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way


My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong


I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
I beg for your mercy


My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong


Words: Sami Yusuf
Music: Sami Yusuf
Produced by Sami Yusuf

Thursday, October 28, 2010

OSCE

stesen 1 - borg order ubat n medication procurement.
stesen 2- cytotoxic drug - give pre- chemotheraphy counseling
stesen 3- total parenteral nutrition - calculation
stesen 4- out patient prescription - give counseling about inhaler (budesonide and salbutamol)
stesen 5- in patient prescription- medication dispensing
stesen 6 -drug information service - answer doctor's call- entertain their request- journals provided

hari ni exam OSCE. Objective Structured Clinical Examination ( jolokalih namo yo!) face lecturer one by by and answer their Question for 10 minutes. before that u r given 10 minutes to prepare.

wonderful and good method of evaluation despite 'vomiting' all the notes in the paper (don't mind if u don't agree )

reference for juniors, reminder for myself. gratitude to seniors for their guide.

OVERCOME LIMITATIONS. THINK BIGGER.
FINAL EXAM SEM 1 YEAR 3
MAA TAUFIQ WA NAJAH.


Tuesday, October 19, 2010

novel






17 october 2010 Selesai membaca saasatul ibad, sebuah lagi karya agung faisal tehrani. Kembali ke alam melayu lama. Memahami. Mengerti. Menghayati.

Faisal tehrani berpesan di nota pengarang. ‘selamat dikejutkan, jangan katakan yang saya tidak berpesan dari awal’..ha, menarik sekali kata- kata pembukaan.begitu mengujakan. Mengundang minat. Tercari- cari di mana kejutan itu.

Bukan sedikit rasa bosan dan mengantuk. Bab pengajaran ilmu- ilmu sebagai political players@pemain politik@saasatul ibad acap kali diakhiri dengan tertidur. Tinggi bahasa. Dalam makna. Hilang sabar, tinggalkan sahaja dulu. Habiskan kisah di zaman pemerintahan Sultan Mahmud Mangkat di julang. Uweek, memang serasa ingin muntah tatkala menghampiri klimaks cerita ini. Dan semestinya terkejut seperti yg dijanjikan pengarang!!

Acap kali kala tiba di bahangian bahasa melayu klasik (aneh bg saya) dan pantun yg dalam maknanya, saya perlu membaca dengan kuat untuk lebih menghayati.ha~

Saasatul ibad adalah bimbingan rohaniah Dato Utama Mahdi Hasan untuk Tun Abdul Jalil dalam menyediakan beliau sebagai pelaku siasah yang hebat. Inilah didikan dalam usaha projection beliau untuk melahirkan pemimpin yang berkebolehan dan berkemampuan.

Teringat tatkala membaca karya Paramoedya Ananta Toer, sasterawan agung Indonesia. Ummi dan Abah tidak henti- henti berdiskusi tentang karya beliau. Ada 4@ 5 novel beliau. Ia rentetan. (Anak Bumi, Rumah Kaca…). Diskusi mereka begitu menarik minat, saya menekuni seusai peperiksaan PMR. Belajar menghargai kehidupan. Bukan mudah hidup di bawah naungan penjajah dan berhempas pulas memperjuangkan kemerdekaan.

Masih teringat tatkala meberitahu abah, “Abah, kak long baru habis baca Tenggelamnya Kapal Van der Wick Buyya Hamka”. Kata abah, buku tu sangat best. Tak boleh berhenti baca tengah- tengah jalan sebab pasangan kekasih tu sentiasa saling berbalas surat.haha,tergelak saya abah kata gitu. Tulis buyya Hamka di nota pengarang. Semua orang mengutuk saya sewaktu saya menghasilkan novel ini. Kata mereka bagaimana mungkin seorang ulama menghasilkan novel cinta. Jujurnya, bukan sekali dua sewaktu pembacaan ,saya melopong membaca tulisan-tulisan cintan cintun karya ulama itu. Owh,benarkah ni tulisan buyya Hamka?bukan novel alaf 21? Kerana cinta adalah anugerah, tulis beliau lagi.

Peperiksaan akhir semester akan bermula kurang dari 2 minggu. Ada timbunan nota yg perlu dihabiskan. Ada lautan ilmu yg perlu di gali. Berikan saya kata-kata aluan yang hebat.moga mengundang minat dan ketabahan yang jitu untuk menghadapinya. =)

selamat membaca.selamat mencari ilmu.

Tuhan kurniakan kami pemimpin yang beriman dan berikan kami kekutan padu untuk berpegang teguh pada ajaran agama MU.amen.

p/s- terima kasih hannah pinjamkan saasatul ibad yang hebat! =)

Thursday, September 30, 2010

in loving memories of my lovely grandmother -TOK




masih terbayang- bayang tatkala mengutip bunga kenanga di halaman rumah. kata tok, 'ni bubuh dalam rambut, nanti bau sedak'
masih terbau- bau wanginnya haruman rambut beliau setiap kali tok melepaskan ikatan sanggulnya.
( i cannot stop myself from remembering the sweet smell of her hair every time she recoil her sanggul)



waktu kecil bersama tok, saya tidak pernah makan jagung dengan menggigit terus jagung yg telah direbus dari batangnya. tok akan meleraikan satu demi satu kepingan jagung, menyusunnya di dalam pinggan kecil. 'makang hok ni je' kata tok. dan dari kecil saya selalu berharap saya dapat makan jagung dengan menggigit dari batangnya... sekarang saya rindu untuk makan jagung yg telah di asingkan...


my bed time story waktu kecil adalah sume cerita pak pandir. sume tok ceritakan. saya tidur dengan tok dan tokki. tok akan bercerita sampai tokki marah. 'bo, bo, tidor'. kemudian baru kami tidur. sume versi cerita pak pandir, saya dah tahu kisahnya. tapi bila saya mula pandai membaca, kisah2 pak pandir yang tok ceritakan tak sama dengan apa yang saya baca, ada beberapa perubahan yang saya tak boleh terima.huhu. 'ummi, bakpe cerita ni lain..dok macam hok tok cerite pun'. saya lupa bagaimana respon ummi.


bila makin dewasa, setiap kali pulang tok akan ambik masa yang lama untuk mengenali saya. ni kak long aja, anok mo sidah...kak long aja ni tok'. berulang- ulang kali perlu memperkenalkan diri..sangat gembira bila beliau mula ingat. 'owh, kak long aja'.tok sedaya upaya berjalan ke bilik depan rumah beliau yang panjang itu untuk melihat saya. 'mung besor doh, sedaknya jadi orang mude'. kisah- kisah zaman muda beliau adalah momento- moneto indah yang sering diceritakan dan di ulang- ulang.

hujung- hujung usia, beliau sangat sensitif, mudah merajuk. bukan senang untuk dipujuk.

26 September 2010. pulang ke Rahmatulah, nenda ku yang dikasihi.
masih terasa dan terimbau setiap saat indah bersama beliau...

teringat pernah membaca sesuatu yg berbunyi begini dalam sekian banyak karya Harun Yahya:

menjadi wanita itu indah
dari lahir disayangi, dibelai, dididik dengan penuh kasih dan manja oleh ibu dan ayahnya,
menganjak dewasa dinikahi dan dimuliakan sebagai seorang isteri
bertambah usia, barangkali jelitanya berkurang, tapi rahmat yang dibawanya bertambah. dengan kehadiran anak- anak, zuriat penyeri hidup.
bertambah lagi usia, makin jelas sinar tua dan usang namun tatkala itu beliau adalah ratu. dikellingi cucu cicit yang sentiasa dahagakan perhatian dan kasih sayang dari neneknya.
berbahagialah dirimu


moga ditempatkan bersama mereka yang dirahmati ALLAH.

ku titipkan doa penghubung kasih. tak terputus hubungan ini dalam doa dan kasih kami,
anak- menantu, cucu cicit yang senantiasa menyayangimu.

Thursday, August 5, 2010

walk the talk

bismillahi nabda'
serdang: tingginya mesin ni- melebihi 152 cm

serdang: ni vaksin untuk itik


bangi:hujan renyai2 tatkala kami sampai disini usai solat jumaat~


I plan to do something with my research The Role of CYP2C9 Gene Polymorphism in Pharmacogenetic Practise but end up writing something here.~


My preceptor dah tanya. hajar,how's everything doing? ya,ya fine. i'll submit by next week (apa pun blom buat lagi..) motivation needed.


Currently My blog seems to be personal experience documentation of a pharmacy student.hu~


Last friday, we went for industrial visit at KL. stay overnight at IIUM gombak. went to UPM serdang, and CCM pharmaceutical manufacturing company in Bangi. the visit is great. i honestly schocked mula2 masuk kilang CCM. alah, kenapa sebijik mcm pilot plan (pilot plan adalah kilang di bangunan Kuliyyah of Pharmacy). sebijik cuma besar dan berfungsi ;p..tentulah sama sebab tu requirement good manufacturing procedure (GMP). kilang bersih dan teratur. i plan to jump into industrial field once i complete my compulsory service. yeay!



next thursday is our very first time going to hospital for attachment. clinical pharmacy mcm sgt menakutkan. terlalu sering bermonolog sendirian..napelah aku wat pharmacy yg susah ni?huhu


the post entitle walk the talk because our lecturer told us it time to see and have a walk to such places which we always talk to u about.






Ramadhan is coming by next week. Alhamdulillah. Ahlan2 ya Ramadhan.






Have a bless Ramadhan everyone=)






May He accept our ibadah and Ramadhan brings nothing but closer to Him. insya ALLAH.






Ramadhan kareem=)