"Wahai tentera- tenteraku! mana lagi jalan keluar? Laut ada di belakangmu dan musuh ada di hadapanmu. Demi ALLAH, tiada lagi jalan keluar bagi kalian kecuali bersikap benar dan sabar"- Panglima Tariq bin Ziad-
the night view pandangan hadapan the first product that was successfully made in the new lab..ASPIRIN! tiada orang di dalam gambar...semua ralit wat aspirin.yea ke? sekarang ada..seorang dari belakang.. this is the best pic..tangga besar dari pandangan atas..uia y phothogenic. uia kuantan..still under construction new parking lot.. cuba kira ada berapa tingkat..lecture hall kami di bawah lagi, bgunan ni separuh 5 tingkat, separuh 6 tingkat. KOM yang ditumpangi selama 7 generasi...jasamu dikenang. mahallah.. logo sekolah di mana mana.. during pathology lecture..currently doing double degree. B.Pharm & MBBS..bachelor of pharmacy & members of back bench society..not medical bahelor & bachelor of surgery!
Kuliyyah of Pharmacy 2009
"ini termasuk kurnia Tuhanku untuk mengujiku, apakah aku bersyukur atau mengingkari (nikmatnya). barangsiapa bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri, dan barangsiapa ingkar maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, Maha Mulia" an- naml:40
"This is by the Grace of my Lord!- to test me whether I am grateful or ungrateful! and if any is grateful, truly his gratitude is (a gain) for his own soul; but if any is ungrateful, truly my Lord is Free of all Needs, Supreme in Honour !" an- naml:40
Hari ini hari Rabu. Berakhirnya tempoh perintah kurantin ku. Arahan berkurung ini bukan main- main, dapat dokumen perintah dari Kementerian Kesihatan.kalau tak ikut kena denda, kena penjara.erk..hehe. Pergi symposium hujung bulan lepas sangat seronok. Jumpa ramai orang, timba banyak pengalaman dan rasa terseksa bila susahnya nak cakap dengan org jepun yang tak pandai bahasa inggeris dan orang singapura yang cakap laju giler apa pun tak faham.haha. tapi rasa sangat bangga bila kena puji your English is good dengan seorang budak singapura ni. Dia sebenarnya susah sebab payah nak borak ngan orang dari tempat lain dan suka bila dapat borak dengan saya dengan baik lebih lebih lagi lepas saya beritahu dia I SPEAK MALAY ALL OVER THE TIME. Later when I told my mum about this, she said I should add that I SPEAK MALAY IN KELANTANESE STYLE, NOT USING PROPER MALAY! =)
Penang sangat menarik. Gumbira dapat kembali ke masa lalu yg indah..zaman kanak- kanak.pg bukit bendera, makan nasi kandar. Berjalan jalan memang seronok, yang tak syok--duit habis…
Sewaktu dinner welcome party sewaktu symposium, sume 5 orang yang duduk di dining table semua dari 5 negara berbeza. Malaysia, Jepun, Korea, Taiwan, Singapura. Tiba tiba kawan Singapura ni tanya saya “what’s ur opinion ur government teach Science and Math in English?”. Terkejut gak saya dapat soalan ni. Tapi saya goreng la jawapan. Goreng, goreng sampai masak.hua hua. Lepas tu kami round table tanya sume org cara pembelajaran di negara masing- masing. Sume cakap our text book, our lecture and exams are in our own MOTHER TOUNGE. Wah, jeles2 (gumam saya dalam hati). Last last, Immanuel kata kat saya “ u better learn it in your own language OTHERWISE U WILL LOST YOUR OWN IDENTITY. Wah2 (saya 200% setuju!). contoh terbaik nya dia lah, budak cina yang tak reti cakap cina dan tulis cina. Cakap sikit2 je boleh. Bahasa melayu pun tak reti..org singapura.
Ok, tapi Bahasa Inggeris sangat penting jugak taw. Budak Jepun yang dok sekumpulan dengan saya x reti sangat BI. Sian dia. Cakap benda mudah2 je, x leh berbual secara intelektual dan ilmiah. Saya percaya jika soal LANGUAGE IS A BARRIER ini mampu dirobohkan bahyak perkara yang boleh dikongsikan bersama. Tapi pengajaran terbaik yang saya dapat ialah keberanian dan sikap tidak malu dan sikap tidak peduli pandangan orang untuk berusaha dan berjaya mereka ini sangat mengagumkan. Dengan tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah (jauh lebih baik kawan kawan sekelas saya yang lain bila kita buat presentation) mereka tak malu pun pergi cakap BI kat depan. Bila orang tanya soalan mereka minta soalan diulang dan diajukan dengan nada yang lebh perlahan, slower please. Org tanya lain, jawab lain. 2 3 kali soalan yang sama ditanya..mereka jawab sorry, I cannot answer that, I don’t understand.rasa kesian amat. Tapi AMAT KAGUM dengan keberanian mereka untuk mencuba. Kawan saya di sebelah berbisik “BI kita jauh lebih baik dari diorg tapi kita tak berani macam tu kan?”. Ya2, saya setuju.
Penguasaan terhadap bahasa asing perlu dipertingkatkan. Tidak perlu mewajibkan lulus Bahasa Inggeris untuk dapat sijil SPM, cukuplah memperkasakan system pembelajaran bahasa Inggeris selama 6 tahun di sekolah rendah dan 5 tahun di sekolah menengah. Mewujudkan perasaan berani dalam jiwa setiap orang untuk meneroka ilmu ilmu baru dan masih menjunjung tinggi warisan bangsa dan agama!
Ada banyak lagi cerita yang menarik dan panas.hehe.kena dengar dari mulut. Saya mahu bercerita with full of expression & emotion. (saya sangat cenderung mencampur adukkan 2 bahasa ini, ini sebenarnya tidak elok..jgn tiru ya)
Hari ini seronok boleh keluar dari rumah dan tak perlu pakai mask lagi. Terima kasih kepada kawan2 yang bertanya khabar. Kalau sesiapa yang telefon mesti cakap bunyi macam sihat, x sakit pun.hehe.memang saya sihat pun. Ia adalah sebuah pengalaman berharga yang membina kekuatan emosi. EQ. apabila setiap hari ada kawan kawan yang disahkan positif, saya rasa macam terjelepuk jatuh dan menangis.sangat takut. Dan saya akan mengingatkan diri sendiri SENTIASA yang saya perlu sihat dan kuat.doktor tanya setiap hari..”Hajar apa khabar hari ini? Sihat? Rasa macam nak demam?batuk?selsema?muntah? (semua symtom2 H1N1). Saya akan menjawab dengan penuh yakin, saya sihat doctor dan akan terus sihat sehingga tempoh kuarantin ini berakhir!.my mum said..calm down, take this as a challenge. Bila saya beritahu ayah saya, saya rasa macam badan saya panas ayah saya gelak..”don’t psycho yourself, bertenang”. Suhu badan normal setiap hari. 37.4, 37.1, 36.7, 35.9..bila saya diarahkan pulang ke kubang kerian dari kuantan tapi stranded (help me, I don’t know the correct Malay term for this) di Kuala Berang kerana kereta ayah saya rosak saya percaya saya telah mencipta kekecohan bukan kepalang di kalangan Jabatan Kesihatan di ketiga- tiga negeri Pantai Timur. Telepon bimbit saya tidak henti henti berbunyi;
“Hello, saya dari pejabat kesihatan Kuala Berang, Hajar sihat?”
“Hello, saya dari pusat kawalan H1N1 Kuantan Pahang, Bagaimana keadaan awak sekarang?”
“Hello, saya dari Hospital Kota Bharu, awak tahu kan kawan awak dah positif, awak di mana sekarang?ada apa- apa symptom?”
“Hello, saya dari pejabat kesihatan Kota Bharu, awak tak apa- apa kan?masih sihat? Masa ini saya rasa kelakar sangat dan tergelak- gelak. “Encik, saya sihat, ramai betul orang tanya khabar saya hari ni” pegawai kesihatan tu jawab “Mestilah, awak popular sekarang taw”=)
Terima kasih Tuhan atas pengalaman berharga ini. Saya memohon yang terbaik dan meminta agar 9 kawan- kawan saya yang disahkan positif akan sembuh.amen.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
perjalanan jauh ke pulau pinang menghadiri 8th asia pacific pharmaceutical symposium 2009 di USM berakhir dengan 8 orang(setakat ini) ahli rombongan sekampus saya disahkan positif h1n1. esok hari terakhir perintah berkurung saya dan saya masih sihat, bersemangat dan tidak mempunyai sebarang simptom.semua akan ok, saya berharap dan percaya, insya ALLAH.when you believe, miracle happens!
terima kasih kepada kawan-kawan dan saudara mara yang menghubungi & memberi sokongan.
kawan2 yang kebosanan di wad dan yang bersedih. stay positive! ALLAH ada percaturan terbaik untuk kita. fight h1n1!!!
God, please help us and our family to overcome this obstacle.
GIBRALTAR is a memorable glorious yesterday's achievement that constantly inspire to seize and conquer tomorrow!
ummi habibati
mother is a person, who on seeing that there are only four pieces of bread for four people, announces that she never did care for bread!
Successful is…
To laugh often and much To win the respect of intelligent people To earn the appreciation of an honest critics To endure a betrayal of a false friend To appreciate beauty And… To know that even one life has breath because you have live.
Believe in the impossible,
Hold tight to the incredible,
Live each day to the fullest potential,
Make a difference in the world,
NOTHING IS INSURMOUNTABLE!
Andai berjaya menimba makna paling dalam pada tauhid, kelazatan persahabatan dengan Tuhan akan terjalin, terasa benar segala yang di dunia ini sementara dan tak terkecap dek rasa, tak terucap dek kata, tak tergambar dek mata akan kelazatan, keseronokan dan keindahan menyatu denganNYA.
usRRati
"Allahumma, faqqihna fiddin, wa 'allimna at-takweel, wahdina sirotokal mustaqeem, waj'alna min 'ibaadikal muttaqeen as-sooliheen, waghfirlana ya robbana..."
ukhuwah fillah
'orang yang hidup di bawah naungan cinta dan ukhuwah kerana ALLAH merasakan ketenangan dan kebahagiaan yang tidak pernah dirasai oleh orang- orang yang berkumpul kerana urusan dunia..'
sesungguhnya seorang Muslim itu, apabila dia berjalan di jalan dakwah, ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja bahkan dibawa bersama hati saudaranya. justeru setiap pahala yang didapati sepanjang perjalanannya pasti akan terbias buat saudara seperjuangannya.. mustapha masyur