Thursday, December 31, 2009
xpdc dakwah sambutan tahun baru 2010
hari: khamis, malam jumaat
tarikh: 31 disember 2009/1 januari 2010
lokasi:teluk cempedak
org ramai menyambut tahun baru di persisiran pantai
Tuhan, bantulah kami membina bangsa dan negara kami ke arah yang lebih baik.
Tuesday, December 15, 2009
Manikam Kalbu yang menghiris sukma
Selesai membaca novel manikam kalbu yang sarat dengat ilmu, padat dengan pengertian dan diselit lelucon mencuit hati.
Seronok sekali membaca banyak tentang fabric, busana dah pakaian di dalam buku ini. Banyak yang saya tidak fahami, cuba ada sikit- sikit yang mampu dihadam. Penjelasan jahitan sembat susup tu saya tahu sebab biasa buat dan saya baru tahu Cindai adalah sejenis kain bukan semata lagu Siti Nurhaliza!
Teringat lawatan ke Pusat Tenun di Raja Pahang sambil membaca buku ni. Dari proses mewarnakan benang, memintal benang dalam gunungan, dan menjadikan ia dalam bentuk kain.
Sesiapa memakai tetapi terbuka aurat
Tanda imannya sudah berkarat
Tanda orang yang tidak semenggah
Berkain baju berdedah- dedah
Barangsiapa memakai singkap menyingkap
Tanda dirinya tiada beradab
Adab orang melayu jati
Berkain baju berhati- hati
Apabila berkain baju yang tipis
Di siulah tempat setan dan iblis
Apabila memakai baju terlalu jarang
Malu tak ada
Aib pun hilang
Sesiapa memakai akan pakaian yang tembus mata
Tanda dirinya di dalam nista
Ingat lah apabila memakai yang ketat ketat
Agama hilang binasa adat
Barangsiapa berbaju sempit
Imannya malap jiwanya sedikit
Tanda Melayu memegang adat
pantang dia berbaju ketat
Tanda orang beriman teguh
pakaian sempit memang dijauh
Faisal Tehrani- manikam kalbu-
Terasa segar sekali. Saya percaya ini yang saya mahukan dari sebuah tulisan. Teguran dan kawalan perlu wujud. Jangan kerana biasa maka ia tidak mengapa, sedang Tuhan tidak pernah alpa, setiap perbuatan itu akan dipertanggungjawabkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)