aku malu dengan tasbihnya langit luas,
aku malu dengan zikirnya laut,
aku malu dengan ketaatan fajar,
kerana tasbihku, zikirku dan ketaatanku pada ALLAH,
hanya setitik air yang penuh dosa...
"Wahai tentera- tenteraku! mana lagi jalan keluar? Laut ada di belakangmu dan musuh ada di hadapanmu. Demi ALLAH, tiada lagi jalan keluar bagi kalian kecuali bersikap benar dan sabar"- Panglima Tariq bin Ziad-
Andai berjaya menimba makna paling dalam pada tauhid, kelazatan persahabatan dengan Tuhan akan terjalin, terasa benar segala yang di dunia ini sementara dan tak terkecap dek rasa, tak terucap dek kata, tak tergambar dek mata akan kelazatan, keseronokan dan keindahan menyatu denganNYA.