# Huda, bagaimana caranya kamu membalas segala jasa baik ibu kamu?
# Er...kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
# Kamu pasti?
# (mengangguk)
# Kamu betul- betul pasti?
# Ya, ya..saya pasti
# Tidak, tidak Huda. Dengan kejayaan cemerlang, kamu langsung tidak mampu untuk membalas jasa baik ibu kamu. Cuba kamu fikir, sewaktu ibu kamu sedang nazak nanti, takkan kamu akan pergi kepada ibu kamu dengan membawa slip peperiksaan kamu yang cemerlang itu sambil berkata "Ibu, jangan pergi lagi, tengok slip periksa Huda ini ibu. Ibu, Huda balas segala jasa baik ibu dengan kejayaan ini,Ibu". Fikirlah saat- saat ibu kamu hampir terkulai layu itu, apa yang paling bermakna baginya? Sehelai slip peperiksaan yang keputusannya amat cemerlangkah?
Terpanar aku pada ungkapan kata- kata itu. Empat tahun lalu aku mendengarnya dan hari ini aku masih mengingatinya. Sepanjang kehidupan ini, segala- galanya aku lalui dengan baik dan cemerlang sekali. Namun sesekali merenung diri....siapakah aku pada pandangan ibuku?Apa erti segala kejayaan cemerlang yang aku peroleh jika aku tak punya pandangan yang elok dari ibuku.
Semakin deras aku mengayuh basikal. Ingin segera sampai ke rumah. Sesampai di rumah, aku segera berlari ke dapur. Ibu ada di dapur, sedang membasuh pinggan."Ibu, assalamualaikum..." Ibu berpaling. Raut wajahnya yang lembut itu tersenyum mesra menyambutku pulang.Tengah hari itu, kami makan tengah hari bersama- sama.Aku masih mengira- ngira dan menghitung sambil merenung seraut wajah tenang ibu. Sungguh, aku tak mungkin selama- lamanya dapat membalas segala jasa baik ibu.
Dari saat ibu mengandungkanku sehingga sekarang aku masih bersama- sama ibuku. Dia mengetahui dan mengerti segala- galanya tentang diriku....dan aku selama-lamanya tidak mampu untuk membalas segala budi baiknya.
Selesai solat Zohor, aku menyalami ibuku dan memeluknya erat "Ibu, terima kasih atas segala- galanya. Anakmu mohon maaf atas segala kesalahan dan salah silap pada ibu selama ini". Ibu mencium kedua- dua belah pipiku, sambil tersenyum ibu berkata "Ibu maafkan segala kesalahan kamu, tak ada apa- apa yang ibu dendamkan atau simpan di dalam hati anakku...". "Terima Kasih Ibu".
( Kami wasiatkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah pula........)
Al -Ahqaf:15
julai 2006
No comments:
Post a Comment