Selesai membaca novel manikam kalbu yang sarat dengat ilmu, padat dengan pengertian dan diselit lelucon mencuit hati.
Seronok sekali membaca banyak tentang fabric, busana dah pakaian di dalam buku ini. Banyak yang saya tidak fahami, cuba ada sikit- sikit yang mampu dihadam. Penjelasan jahitan sembat susup tu saya tahu sebab biasa buat dan saya baru tahu Cindai adalah sejenis kain bukan semata lagu Siti Nurhaliza!
Teringat lawatan ke Pusat Tenun di Raja Pahang sambil membaca buku ni. Dari proses mewarnakan benang, memintal benang dalam gunungan, dan menjadikan ia dalam bentuk kain.
Sesiapa memakai tetapi terbuka aurat
Tanda imannya sudah berkarat
Tanda orang yang tidak semenggah
Berkain baju berdedah- dedah
Barangsiapa memakai singkap menyingkap
Tanda dirinya tiada beradab
Adab orang melayu jati
Berkain baju berhati- hati
Apabila berkain baju yang tipis
Di siulah tempat setan dan iblis
Apabila memakai baju terlalu jarang
Malu tak ada
Aib pun hilang
Sesiapa memakai akan pakaian yang tembus mata
Tanda dirinya di dalam nista
Ingat lah apabila memakai yang ketat ketat
Agama hilang binasa adat
Barangsiapa berbaju sempit
Imannya malap jiwanya sedikit
Tanda Melayu memegang adat
pantang dia berbaju ketat
Tanda orang beriman teguh
pakaian sempit memang dijauh
Faisal Tehrani- manikam kalbu-
Terasa segar sekali. Saya percaya ini yang saya mahukan dari sebuah tulisan. Teguran dan kawalan perlu wujud. Jangan kerana biasa maka ia tidak mengapa, sedang Tuhan tidak pernah alpa, setiap perbuatan itu akan dipertanggungjawabkan.
4 comments:
Hajar, how dare awak baru tahu yg cindai tu sejenis kain..He3..dalam harakah ada ulas pasal tulisan dalam buku faisal tehrani yg awak baca ni..agak terkena pada seseorang yg 'besar' sebenarnya..
hai ummu iffah..buku ni saya tak perasan sangat.
sekarang baca ketupat cinta faisal tehrani, yg ni lagi jelas lah 'kena' nya..senyum memanjang je baca..he3
selamat tahun baru.salam sayang u iffah=)
Buku-buku FT yang diterbitkan DBP (Bedar Sukma Bisu misalnya) memang susah untuk diperolehi. Al-maklumlah, kelemahan bahagian pemasaran DBP. Agak menarik bila Ziryab pergi menuntut ilmu tenu-menenun di Ampang Pecah!
ampang pecah? hehe
kagum dengan pemerhatian dan penulisan mendalam tentang seni warisan bangsa. terima kasih.
Post a Comment