bismillah wal hamdulillah.
i've been trying to do triffle more than 5 times for the last 3 weeks. to get great result, practice surely lead to perfection.hehe.
bahan- bahan:
lapisan 1-
kek swiss roll
lapisan 2-
susu cair (1 tin)
gula (3 sudu besar, kalu anda dtg dr pantai barat, amount ni perlu di kurangkan)
perisa vanila (1 sudu kecil) note: x da pun x pa, takda apa yg kurang.
cocktail (1 tin)
tepung kastard (4 sudu besar)
lapisan 3-
serbuk jeli (jenama nona, perisa strawbery)
cara- cara pembuatan.
1- potong kek swill roll dlm 1.5 cm dan aturkan dalam bekas tupperware yg anda nak guna (pastikan semua permukaan bekas ditutup dengan kek- this is like a base)
(guna bekas yg lutsinar, bleh tengok hasil layernya di hujung nanti)
2-bukak tin koktail, asingkan buah dan airnya. separuh air cocktail digunakan untuk membasahkan kek swill roll yg dah disusun dalam bekas tadi..jgn sampai basah tenggelam kek tu, buh sket2 je ye.
layer 1 DONE
3-panaskan periuk, masukkan susu cair, gula, separuh lg air coktail, perisa vanila. kacau, sampai gula larut.
4- 4 sudu tepung kastard tadi, larutkan dengan sedikit air dalam bekas lain, bila cair ia warna KUNING.
(tujuan cairkan dalam bekas lain utk elak ketul2 kalu terus masukkan dalam periuk panas).
5- masukkan kastard dalam periuk yg ada susu,gula..etc tadi. kacau je jgn berhenti
(sgt penting ni! jgn berhenti taw or u'll regret it. da result is disappointing.kalu blajar biochem ni, ia dipanggil determining rate.hehe. )
6- bila dah likat terus curahkan ke dalam bekas yg letak kek tadi, ratakan ke seluruh permukaan kek. (kena buat cepat sebab ia mudah keras)
7- buah- buahan koktail tadi, taburkan ke atas lapisan kastard tadi
(tekan-tekan sket buah ni biar dia masuk dalam kastard tu)
Layer 2 DONE
8-sekarang buat jeli..senang saje ikut arahan di belakang kotak(he~), 400ml air dipanaskan bersama sepaket jeli.
9- bila dah larut, curahkan ke dalam bekas tadi...ni pun kena buat cepat sebab ia mudah beku.
10- sejukkan dan masuk dalam peti sejuk
(x buh dalam peti sejuk pun x pa sebab memang sunatullah ia akan keras, insya ALLAH)
layer 3 DONE
bersedia untuk di makan dan membahagiakan!
gambar2 di atas credit kepada syafiza selaku photographer.
sedap ke tak kena dgr testimoni dari mereka2 yg telah mencuba..hu~
happy trying friends.
-2211-
1 comment:
TQ (^_^)..Buat dh skali tp tak jadi mano..
Post a Comment