Imam Jaafar As- Sadiq berkata:
Ilmu takkan diperoleh hanya dengan belajar kerana ilmu itu ialah sinar petunjuk, untuk mendapatkan ilmu haruslah terlebih dahulu memahami hakikat ubudiyyah. Kalau orang yang menuntut ilmu itu mengamalkannya barulah ilmu melekat. Allah pun memberi pengertian.
Ubudiyyah itu apa?
Hakikat ubudiyyah itu:
1- Ialah tidak melihat segala yang Allah berikan kepadanya sebagai miliknya sendiri. Kerana seorang hamba seperti kita ini tak ada hak milik. Harta yang ada harta Allah, kita belanjakan semuanya dengan perintah Allah.
2- Hamba tak mengatur diri, kita menjadi sibuk kerana perintah ALLAH. Apa sahaja yang kita lakukan kerana itulah...dengan itu kita berasa ringan kerana kita tak rasa dibebani oleh apa pun.
3- Bila kita sudah menyerahkan urusan kepada Pengurus paling atas, segala musibah dunia pun menjadi ringan. Kerana proses itu akan membolehkan kita merendah diri. Kita tak perlu lagi mencari dunia, untuk mencapai sifat takatsur atau berbanyak- banyak dan tak perlu pula berbangga yang bukan- bukan dengan sifat takabbur.
Jadi begitulah, jika orang mengamal dan memahami sifat ubudiyyah, maka penderitaannya pun lenyap.
Sematkan ini sampai bila- bila: andai kota itu peradaban, rumah- rumah di dalamnya haruslah menjadi binaan budaya, dan tiang seri setiap rumah yang didirikan itu hendaklah agama, dan agama yang dimaksudkan tentulah agama yang berpaksikan tauhid. Peganglah itu sampai bila- bila.
Plagarisme sepenuhnya dari Novel Tuhan Manusia
Bersyukur kerana berjaya menyudahkan pembacaan buku ini. Sangat bermanfaat, sangat membuka minda. Sangat memberi erti. Alhamdulillah.
Berhenti- hentilah menjadi manusia yang terikut- terikut dengan kebobrokan hedonisme. Mari kita menjadi lebih baik, lebih sedar dan sentiasa berusaha memperbaharui iman.
No comments:
Post a Comment