Lipatan demi lipatan akhirnya menghasilkan bentuk yang dikehendaki. Lipatan berbentuk burung itu dimasukkan ke dalam beg kertas di bawah katil yang sudah pun dipenuhi dengan lipatan- lipatan burung berwarna- warni. Adli bangun. Tubuh gempal itu bergegas berjalan ke pintu keluar melintasi susunan katil- katil pesakit lain.
***********************
“Apa yang kamu buat ni?” lelaki itu bertanya sambil duduk mencangkung membelek timbunan origami burung yang dihimpun di dalam beg kertas. Budak lelaki itu senyum. Jari- jemarinya meneruskan lipatan yang terakhir. Selesai membentuknya dia memberikan lipatan burung itu kepada lelaki tersebut. Lelaki berpakaian kemas itu membelek- belek origami burung bewarna kuning itu buat beberapa ketika. Kemudian dia meletakkannya di atas katil di sisi pesakit dan berlalu pergi. “Doktor!” laung budak lelaki itu. Doktor itu berpaling. “Ambillah, saya hadiahkannya kepada doktor” budak lelaki itu berkata dengan senyuman manis.Tetapi doktor itu terus berlalu tanpa mempedulikannya.
“Nurse, nurse datang sini cepat, tangan isteri saya bergerak- gerak!” laung seorang lelaki dalam pertengahan usia 40-an. Keadaan dalam wad hospital kelas tiga itu riuh- rendah. Seketika kemudian, seorang doktor wanita tiba dan menarik langsir menutup katil pesakit. Lelaki yang menjerit tadi memegang bahu anak lelakinya dan berdiri dengan tenang menunggu doktor wanita itu merawat isterinya. Jauh di muka pintu wad itu seorang lelaki sudah lama memerhatikan mereka. Dia segera berlalu apabila menyedari kehadirannya disedari oleh anak lelaki itu.
“Apa semua ni? Reputasi kerja you sangat teruk. I know you sedih since your wife meninggal, tapi kerja tetap kerja.” Terpaan Dr. Ziyad mengejutkan Dr. Daniel yang sedang mengelamun. Dr. Ziyad terus duduk di atas kerusi di hadapan meja Dr. Daniel. Dr. Daniel buat tidak tahu sahaja dengan kehadiran temannya itu. Lama mereka berdua membisu. Keadaan dalam bilik pakar ortopedik itu tersusun rapi dan kemas. Dr. Ziyad bangun dari kerusinya, ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Dia menghampiri meja ubat. Terdapat 5 origami burung yang tersusun rapi yang dihasilkan dengan kertas bewarna terang; biru, ungu, hijau, merah dan kuning. “Cantiknya,” Dr. Ziyad
*********************
Dr. Daniel berjalan keluar dari hospital menuju ke tempat letak kereta. Dia agak terperanjat apabila melihat ada seorang budak lelaki berdiri di sebelah keretanya sambil memegang beg kertas. “Apa kamu buat di sini?” tegurnya sambil membuka pintu belakang kereta dan memasukkan begnya. “Doktor, doktor yang tegur saya hari tu
Mereka berdua duduk di atas kerusi di taman hospital. Dr. Daniel mengambil beg kertas dari tangan Adli yang dipenuhi dengan origami burung. “Saya buat semua tu sambil tunggu ibu saya di hospital. Ibu accident, dah seminggu duduk hospital. Syukurlah hari ni dah boleh balik.” Kata Adli dengan dengan wajah ceria. “Sebelum balik saya pergi jumpa Dr. Maryam yang merawat ibu saya dan hadiahkan dia burung bewarna ungu sebagai tanda terima kasih.” Adli bercerita dengan panjang lebar. “Macam mana kamu boleh ada kat kereta saya, kamu tunggu saya?” Dr. Daniel bertanya. “Dr. Maryam yang suruh saya tunggu di situ, dia kata syif doktor dah habis, saya baru je tunggu di situ” terang Adli lagi. “Saya nak bagi kat doktor burung bewarna kuning.” Dr. Daniel terdiam. Lama mereka berdua membisu. Kemudian, Dr. Daniel mengeluarkan 5 origami burung dari beg kertas bewarna biru, ungu, hijau, merah dan kuning. Dia menyusunnya di atas kerusi panjang yang mereka duduki di taman itu. Dia menyusunnya di antara Aidil dan dirinya. “Isteri saya buat origami burung macam ni dalam warna ni. Saya susun dalam bilik saya di hospital” Dr. Daniel mula bersuara. “Oh, tentu kerja tangan isteri doktor lebih elok, patutlah doktor tak sudi menerima pemberian saya.” Adli menduga. “Eh…tak, saya tak bermaksud begitu, cuma origami bewarna kuning itu yang terakhir disiapkannya.” Dr. Daniel bersuara perlahan. “terakhir?” Adli hairan. Dia kemudiannya terdiam. Dr. Daniel meraup wajahnya. “Saya rasa sungguh teruk, saya seorang pakar ortopedik tapi isteri saya meninggal kerana kanser tulang.” Adli merenung wajah doktor itu kemudian dia mengalihkan pandangan ke persekitaran di sekeliling taman. Cuaca redup petang itu cukup mendamaikan namun tidak mampu menenangkan hati yang lara dirundung ombak kesedihan. “Doktor, saya minta maaf, origami burung itu tak ada apa- apa makna bagi saya, tak sangka ia cukup bererti bagi doktor lebih- lebih lagi yang bewarna kuning itu.” Adli bersuara tenang. “Doktor, sejak saya duduk di hospital ni temankan ibu saya yang sakit ayah selalu kata setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya tapi kita mungkin sukar untuk menemuinya.” Adli bersuara sambil membelek- belek timbunan origami burung di dalam beg kertasnya. Dia mengeluarkan 5 origami burung bewarna putih dan menyusunnya di atas kerusi, selari dengan 5 susunan origami burung bewarna tadi. Adli kemudiannya menyimpan kembali ke dalam beg kertas origami burung yang telah dikeluarkan oleh Dr. Daniel. “Doktor, saya gantikan 5 origami burung bewarna yang dihasilkan isteri doktor dengan 5 origami burung bewarna putih. Warna putih itu suci bersih. Doktor, tabahkan hati teruskan menghadapi hari- hari mendatang dengan jiwa yang suci dan bersih putih seperti warna burung ini.” Mulut comel Adli berkata- kata. Dr. Daniel senyum. “Doktor, saya perlu pergi dulu, tentu ayah saya sedang menunggu.” Adli bangun, mengambil beg kertasnya dan berlalu pergi. “Adli!” Dr. Daniel melaung “saya harap dapat jumpa awak lagi, bolehlah awak ajarkan saya macamana nak buat origami burung!” Adli senyum sambil melambai- lambai tangannya. Jauh di sudut hati Dr. Daniel dia bersyukur ditemukan dengan budak lelaki itu. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya tapi kita mungkin sukar untuk temuinya…
( Dan apakah mereka tidak memerhatikan burung- burung yang mengembang dan menutup sayap mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat segala sesuatu)
Al-Mulk:19
2 comments:
alhamdulillah.. sejuk hati sy membaca cerita ni... i was trying to view your complete profile.. tp takde tulis umur.. so tak tau nak panggil akak ke tak. by the way nak tny, saudari ni budak medic ke?
wslam
thanks for reading.
i am in my early 20s
sy bukan medic..saya pharmacy student.
Post a Comment