TARBIAH RUHIAH ertinya didikan supaya iltizam dengan amalan ibadah sehingga dapat merasakan kelazatan hasil mengerjakan ibadah itu serta dapat mencari kekuatan hati melaluinya. Juga untuk mempertingkatkan muhasabah dan muraqabah sebagai paksi kepada gerak kerja yang baik, menanamkan kesabaran yang tinggi dalam amal jamaie, sensitif kepada dosa dan mungkar, bersemangat jihad dan bercita-cita untuk syahid.
Ketika mengukuti program bengkel kemahiran keibubapaan sabtu lepas, ustah pahrol mohd juoi membawakan tajuk ceramah pendidikan peringkat kanak- kanak. Banyak yang saya boleh kongsikan. Walaupun ceramah lebih tertumpu kepada cara mendidik anak- anak, namun input yang diberikan sebenarnya boleh diluaskan lagi skopnya untuk menempuh cabaran kehidupan mendatang agar menjadi mukmin yang lebih baik dari hari ke hari, insya ALLAH.
Proses pembelajaran adalah sesuatu yang bermula dari dalam buaian hingga ke liang lahad. Tiga adab penting dalam pembelajaran dengan mengambil air yang mengalir sebagai asimilasi iaitu
1. berterusan belajar
2. rendah diri
3. niat untuk mengajar
menjadi seorang pemimpin yang baik anda seharusnya tidak berhenti belajar. LEADERS ARE LEANERS, when you stop learning you stop leading.
Andai pernah tersasar dalam kehidupan ini...pesan seorang teman kepada saya tak lama dulu.. ’susun balik hidup kita’ dan kata ustaz pahrol SATU KEBAIKAN DIMULAKAN BERULANG- ULANG KALI, repetition is mother of knowledge.
Hidup adalah perjalanan panjang yang sentiasa perlu dilengkapi dengan ilmu..kata ustaz lagi ’kalau kita tak buat PREPARATION, masa depan nanti kita kena buat banyak PREPARATION.
Tarbiah ruhiah adalah asas penting yang membentuk akhlak dan personality seseorang
Belief system/ iman
Mindset/ world view
Value
Attitude
Behaviour
Segalanya bermula dengan system kepercayaan iaitu iman. Kesempurnaan dan keindahan iman hanya dapat dicapai dengan jayanya melalui tarbiah ruhiah yang berkesan yang telah pun saya tulis erti dan maknanya pada awal entry ini.
Iman seterusnya membawa kepada mind setting dan world view, pandangan hidup orang yang percaya dengan ALLAH adalah jauh berbeza dengan pandangan hidup orang yang tidak percaya kepada ALLAH.
Pandangan hidup seterusnya membawa kepada nilai (value) yang membentuk kelakuan (attitude).
Kelakuan yang sering dilakukan akan akhirnya membawa kepada perangai (behavior) yang dapat kita lihat pada diri seseorang.
Penghujung kepada hari Sabtu yang penuh dengan ceramah di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, saya mengerti lagi bahawa kita perlu BELAJAR BERTERIMA KASIH. Tugas ibu dan ayah mendidik kita adalah satu tugas professional yang memerlukan kemahiran high- tech (al- qawi) dan high –touch (al- amin). Ibu bapa berhempas pulas mendidik batin anak –anak untuk melahirkan anak yang soleh pada zaman arus hari ini yang sangat membahayakan.
Pengajaran terbaik yang saya perolehi di hujung haru itu adalah, untuk menjadi hamba ALLAH yang lebih baik…seperti tulisan Faisal Tehrani dalam novel beliau kombat 1511H.. ‘KEMBALI KEPADA DASAR’ . Stephen Covey menulis dalam bukunya the 7 habits of highly effective people…habit yang ketiga adalah PUT FIRST THING FIRST..kembali lah kita kepada pesoalan SOLAT . Baiki solat! Baiki hubungan dengan ALLAH!
No comments:
Post a Comment