• NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar.
• Nakbah palestin pula merujuk kepada penubuhan Negara haram Israel yang telah diistiharkan secara rasmi pada 15 Mei 1948.
• Peristiwa ini berlaku setelah terlaksananya penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB.
• Tarikh tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal Negara Palestin, orang- orang Arab dan ummat Islam keseluruhannya.
• Cadangan penubuhan Negara khas untuk orang- orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis di dalam gagasannya yang kemudiannya dibukukan di dalam Die Judem Stat (Negara Israel) pada 1896.
• Deklarasi Balfour – 2 November 1897 ; kerajaan British memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa yahudi di Palestin.
• Ini merupakan usaha paling jahat dalam sejarah Peradaban dunia kerana dengan jelas mencabuli perjanjian antarabangsa.
• Deklarasi ini dengan angkuhnya menidakkan hak penduduk Palestin.
• Deklarasi ini dikuti dengan penjajahan Palestin oleh tentera British.
• Selepas itu berlakulah penghijrahan secara sistematik ratusan ribu Yahudi Eropah dan Rusia ke Palestin.
• Sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan Ketetapan 181 pada 29 November 1947.
• Ketetapan ini membahagikan 2/3 tanah Palestin kepada pendatang Yahudi manakala baki 1/3 diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah.
• Ketetapan ini sangat becanggah dengan dengan prinsip PBB iaitu untuk melaksanakan ketetapan hak – hak bangsa dari segi kebebasan dan nasib mereka sendiri.
• Rakyat Palestin tidak langsung diminta pendapat dan keizinan malah mengalami kezaliman dan dan penindasan yang amat dasyat.
• Ketika Yahudi Zionis erat bekerjasama dengan British dan PBB, Liga Negara Arab pula gagal membantu perjuangan rakyat Palestin.
• Kesan langsung daripada nakbah ini ialah kekejaman pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis yang telah bertindak mengusir lebih dari 60% rakyat Palestin ]ke luar Negara.
• Rejim Zionis turut menghancurkan 478 dari 500 perkampungan Rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948.
• Rejim Zionis turut terlibat dalam 34 jenayah pembunuhan beramai- ramai rakyat Palestin.
• 9 April 1948.- tragedi Deir Yassin; melibatkan pembunuhan 254 orang termasuk orang- orang tua, wanita dan 52 orang kanak- kanak.
• Rumah- rumah Rakyat Palestin dibakar dan orang- orang yang cuba menyelamatkan diri ditembak.
• Wanita- wanita hamil dibelah perutnya dan dikeluarkan janin dari rahim ibunya.
• 52 orang kanak- kanak pula telah disksa di depan ibu bapa mereka, lalu dibunuh dan dipenggal kepalanya.
• Rejim Zionis telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia sepanjang 720 km di Tebing Barat yang menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.
• Nakbah 1948 adalah kenangan pahit dan perasaan terhina yang mendalam di kalangan rakyat Palestin, orang- orang Arab dan umat Islam.
• Setelah enam dekad Nakbah:
1. Rejim Zionis terus melakukan penindasan terhadap rakyat Palestin; meruntuhkan rumah- rumah mereka, membakar kebun- kebun mereka, dan memperluaskan kawasan penempatan pendatang haram Yahudi. Sudah 90% bumi Palestin dikuasai oleh Yahudi.
2. peningkatan serangan ke atas Masjid Al- Aqsa.oleh ekstrimis Zionis yang semakin kerap mencabul kehormatan dan kesucian qiblat pertama umat Islam di dalam rangka mereka mengYahudikan Baitul Maqdis. Yahudi bercita- cita untuk meruntuhkan masjid Al- Aqsa dan mendirikan Kuil Yahudi di atas tapak masjid sekarang.
3. melakukan penangkapan dan pemenjaraan orang- orang Palestin yang tidak bersalah sehingga lebih daripada 12 ribu merengkok di dalam penjara Israel.
4. sekatan ekonomi yang dirancang secara rapi oleh Zionis menyebabkan orang- orang Palestin tersepit dan terpaksa bergantung kepada sumber pekerjaan yang dimiliki oleh Yahudi. Akibatnya ramai orang- orang Palestin yang menganggur dan dibelenggu kemiskinan dan kebuluran.
5. ramai kanak- kanak Palestin yang telah dinafikan hak mereka untuk belajar sehinggakan jumlah mereka yang sempat ke pengajian menengah adalah dari peratusan yang sangat kecil.
6. rejim zionis telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km di Tebing Barat yang yang menyekat penghidupan rakyat Palestin serta menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.
7. seramai 64.5 juta rakyat Palestin adalah pelarian yang hidup dengan penuh kedhaifan sejak 60 tahun yang lalu.ini adalah jumlah pelarian yang pailnag lama dan paling ramai di dalam sejarah peradaban dunia.
8. rejim Zionis kini berterusan menyeksa dan membunuh rakyat Palestin terutamanya di Gaza yang turut diakui pemimpin kanan mereka sebagai holocaust yang lebih hebat.
BUMI PALESTIN ADALAH TANAH YANG MULIA UNTUK SELURUH UMAT ISLAM KERANA DI SITULAH TERLETAKNYA MASJID AL AQSA YANG MERUPAKAN KIBLAT PERTAMA, TEMPAT BERLAKUNYA PERISTIWA ISRAK MIKRAJ, TANAH SUCI UMAT ISLAM YANG KETIGA YANG JUGA MERUPAKAN BUMI PARA NABI.
INI ADALAH ISU YANG BERKAITAN DENGAN KEIMANAN UNTUK SEMUA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA.
Berasaskan tulisan Dr. Zainur Rashid, Perunding Aman Palestin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment