Thursday, October 30, 2008

LEARN BY HEART..



Salam. Apa terjadi dengan blog saya? Sunyi sepi tanpa sebarang entry. Sudah berhabuk dan bersawang nampaknya kerana ditinggalkan..saya sedang menghadapi final exam untuk semester 1. Baru menghabiskan 2 papers.anatomy dan physiology. Untuk adik saya yang sedang berhempas pulas dalam persiapan terakhir untuk menghadapi SPM 11 september ini, ketahuilah bila sudah sampai ke level ini SPM tu sebenarnya ‘kacang’ saje sbb ada masa 1 ke 2 tahun untuk persiapan hari- hari exam itu. Bila dah sampai ke university, kita Cuma ada masa beberapa bulan sahaja untuk belajar begitu banyak benda, faham, hadamkan dan bersedia untuk diluahkan dalam kertas peperiksaan..but please,don’t worry about it. It just a mater of time. Ganbate! Aja aja fighting!

Anatomy and physiology. Ketahuilah betapa sukarnya untuk memahami physiology. Physiology is the study of how normal body function.. bagaimana paru paru mengambil oksigen dari udara dan mengeluarkan karbon dioksida, bagaimana hati mengepam darah ke seluruh bahagian tubuh supaya setiap sel dapat sebanyak yang ia perlukan untuk memastikan tubuh dapat berfungsi dengan normal, bagaimana buah pinggang mengawal kandungan air kencing yang kita buang hari- hari, bagaimana makanan yang kita makan dihadam dan diseramp oleh stomach, small intestine etc2..dan pergi sampai ke colon dan akhirnya kita buang as feces. feces? Hm, yang awak buang dalam mangkuk tandas tu..

Anatomy? More simpler I believe. Kita belajar struktur binaan setiap organ dalam tubuh. Anatomy and physiology seolah – olah seperti mengenali dan memahami manusia. Kalau kita kenal orang, dan namaya abu contohnya, tak susah kita kenalpasti abu itu tapi untuk memahami bagaimana abu ni agak sukar. Dia pasti ada sikap dan reaksi yang berbeza beza untuk setiap keadaan. Bila kena peril contohnya, Ada orang mudah marah, ada orang memang jenis dia tak marah orang, ada orang buat tak tahu je sebab mungkin dia jenis yang kurang perasaan. Ada orang pulak bila dalam saat genting, dia kelam kabut ada pulak yang tenang je dalam semua kadaan. Bagi saya, anatomy and physiology gitu lah..anatomy senang sikit sebab kita belajar struktur dia saje. Tapi physiology kita kena consider banyak. Jantung berdegup berbeza bila awak tenang atau bila awak exercise atau stress.bila kita tenang, jantung berdegup relax sahaja. Bagaimana ia terjadi? hm,sume yang ada sangkut paut dgn jantung pun kita kena faham. Bila kita exercise, autonomic nervous system akan buat jantung kita berdegup lebih laju dan kencang sbb tubuh kita kena kena seuaikan diri dengan keadaan yang berbeza tadi. Bagi saya, lebih mudah mengenali dari memahami..tapi saya tahu semua orang ada pendapat yang berbeza- beza.

Tapi saya suka belajar semua ni walaupun payah. sebab? Sebabnya ia buat kita lebih memahami manusia dan hakikat KEHEBATAN PENCIPTA. Susah nak faham dan lebih- lebih lagi ingat dengan sepenuhnya apa kita belajar tapi ALLAH tahu semuanya. Dia cipta, Dia kawal semuanya. Ketahuilah betapa komplexnya proses buah pinggang kita mengawal kandungan air yang patut kita buang atau disimpan dalam tubuh kita untuk memastikan kita ada kandungan cecair dalam badan pada tahap normal. Jangan minum banyak caffeine, its affect the function of anti diuretic hormone (ADH) at your distal convoluted tubule at your kidney to reabsorp water. Nanti kita boleh hilang banyak air. When something goes wrong physiologically, you have disease. Menariknya, semua bahagian dalam tubuh kita sangat kompleks tapi semua ALLAH tahu. Hebatnya ALLAH sebab keadaan ini berlaku pada semua manusia di muka bumi. Ada berapa ramai orang di dunia ni? Ada saya, awak, mak ayah saya, mak ayah awak, adik2 saya, adik beradik awak dan orang2 lain lagi yang kita kenali dan kita tidak kenali..dan ALLAH tahu segalanya, dan DIA mengawal segalanya.

Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja dan Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Dia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang terang nyata.
(Al- an’am :59)


My professor of anatomy said, NOTHING HAPPENS BY CHANCE. ALLAH PERFECTLY CREATES EVERYTHING PROPERLY. ALLAHU AKBAR. AKBAR MEANS GREAT. Every time we say ALLAHU AKBAR, we know how great ALLAH is. The word AKBAR must give a deeper meaning to our heart because we learn details of ALLAH’S creation...we study it, we observe it and we ponder about it.
For, Believers are those who, when Allah is mentioned, feel a tremor in their hearts, and when they hear His signs rehearsed, find their faith strengthened, and put (all) their trust in their Lord (al- anfal:2)

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.

2 comments:

izzati.abdullah said...

anda ditagged..sile ke blog

staqim said...

mantap ar..
smbil2 revise blk..