Monday, October 13, 2008

MOGA DIRIMU MUSLIMAH ITU…

Alangkah indahnya kulihat… berjalan seorang MUSLIMAH MUKMINAH.. Dengan wajah yang tenang..penuh tawadhu’..: Langkahnya ibarat seorang pejuang muslimah yang tenang, yakin, berwibawa, penuh semangat seorang mujahidah…bermujahadah.. Namun.. Di sebalik fizikalnya yang menggetarkan jiwa-jiwa yang melihatnya… bukan getaran nafsu, tapi getaran keinsafan untuk mengenali Allah dengan lebih dekat.. ada sekeping hati yang dipenuhi setiap ruang & sudutnya dengan mengingati Yang Maha Esa, ada seulas bibir merah bak delima sedang asyik mengalunkan kalimah Allah & Zikrullah..ada sepasang mata yang redup , yang cukup terjaga dari pandangan maksiat.. Setiap gerak lakunya cukup menggambarkan keperibadian dirinya yang lembut dalam tegas..kasih sayang jelas terpancar pada sinar matanya.. Bahasa badannya yang lahir dari hati nurani yang ikhlas kerana Dia.. Tidak keluar dari merah bibirnya yang dihiasi senyuman keimanan melainkan yang hikmah, haq, serta kata-kata ukhuwwah..Hanya dengan melihat pada peribadi serta perwatakannya sahaja sudah cukup untuk menarik hati-hati yang lalai dari mengingatiNya… Agar segera berfikir tentangNya… ameen..

No comments: