Saturday, October 30, 2010

First Impression Lasts & The Theory of Closure



Pandangan/ presepsi pertama yang kita miliki pada seseorang/ sesuatu akan kekal/ tak akan berubah. Ia kemudian menjadi memori.

30 october 2010. Saya selesai membaca sebuah lagi novel yang dipinjam dari Hannah yang kaya buku dan budi. Novel Sang Pemimpi. Karya Andrea Hirata. Sebuah novel Indonesia.

Kenapa tajuk entry ‘first impression last’. Kerana saya tidak mempunyai pandangan pertama yang mengasyikkan terhadap buku ini. Pernah saya tuliskan di blog ni; resepi sebelum membaca/membeli buku adalah dengan membaca catatan pengarang buku tersebut. Dan catatan pengarangya bagi saya tidak menarik dan tidak menjemput pembaca ke dimensi alam karyanya. Pengarang begitu merendah diri..membandingkan diri beliau dengan penulis- penulis agung lain..

aku bukan Antonio Skarmeta, …sayangnya aku ini bukan Alexander McCall Smith.

Lantas buku ini ditutup dan disimpan sahaja. Tidak menarik. Pandanganku.

Kerana saya di ajar untuk tidak merendah diri pada permulaan sesuatu. Umpamanya memulakan public speaking..anda telah berkata..

You’re going to be bored, my presentation is very long.

I am really sorry because my English is not very good.

Mulakan sesuatu dengan penuh semangat berusaha sedaya menarik perhatian audien atau pembaca kerana mereka sebenarnya tiadak mempunyai sebarang presepsi negatif pada anda melainkan anda yang mahukan ia begitu!

Tapi novel itu tetap saya aturkan bersama timbunan nota yang perlu di habiskan untuk final exam. Puas membaca nota Pharmacokinetic..saya jeling2 je nota Dosage Design dan saya mula membaca Sang Pemimpi. Dan hahaa~ lucu. Kisah 3 anak muda yang nakal yang lucu. Mereka bijak. Bersekolah di sekolah terbaik daerah mereka. Dan bekerja membanting tulang seawal jam 2 pagi untuk mencari rezeki meneruskan kehidupan. Buku yang mengagumkan. Banyak perkataan yang sukar difahami tapi makna mendalam sekali. Baru sejam yang lalu saya habiskan. Begitu menyerigai.

Ia membuktikan Theory of Closure yang saya baru tahu dari Saudara Amin Idris beberapa minggu yang lalu.

Theory of Closure adalah sebuah ilmu psikologi tentang penghujung/ penutup yang baik.

Pernah mendengar lecture yang begitu difahami tapi saat memberi kesimpulan, pensyarah mengatakan sesuatu yang 360° berbeza dari apa yang kita fahami dari beliau beberapa saat yang lalu? Eh, kenapa berbeza dan kita mula terkebil- kebil.hu~

Atau..

Pernah mendengar satu lecture yang amat tidak difahami tapi tatkala memberi kesimpulan, lecturer mengatakan sesuatu yang begitu mudah dan senang difahami. Dan kita berkata. Ahh, itu yang dimaksudkan rupanya!

Penutup memberi impak yang mendalam!

Begitulah yang berlaku kepada saya. Penutup kisahnya begitu mengujakan. Mendapat segala yang diidamkan sedari kecil kerana usaha keras dan keyakinan yang tak pernah putus. Penulis mencatat beliau menerima tawaran belajar di Sarbonne, Perancis seperti yang di idamkan. Tiada yang perlu di sangkal kerana ia adalah catatan sebuah kisah benar! Perjuangan meneruskan hidup. Memahami dan menghargai makna seorang teman. Menjiwai kasih sayang ibu dan ayah. Dan kebijaksanaan dan kesungguhan.


“orang seperti kita tak punya apa- apa kecuali semangat dan mimpi- mimpi. Dan kita akan bertempur habis- habisan demi mimpi itu!!”

“Tanpa mimpi, orang seperti kita akan mati..”

SANG PEMIMPI – novel yang membangkitkan semangat-

Andrea Hirata


Adik- adikku, teruskan usaha menggapai mimpi- mimpi kita. Dalam doa dan usaha. =)

30 october 2010

(kak long doa bia qlate mene! GKG!)



7 comments:

mamawana said...

Salam

Kita bukan saudagar mimpi
Membeli dan menjual bekas2 mimpi
Tapi kita adalah pengukir mimpi
Melorek cinta, cekal dan usaha
Menggapai langit biru
Ingin memetik bintang malam
Mengejar lengguk jalur
pelangi siang
Indah..........
Awan yg memutih
Adalah doa setulus hati
Para para saudagar pengukir mimpi

Ukhar said...

http://haneef-azme.blogspot.com/2010/01/movie-review-sang-pemimpi.html

Nurturing The Ummah said...

Nice work kak long! Memang best student lah, sambil2 study baca novel dan siap buat bedah buku secara ringkas lagi.

hajarzainal said...

thanks for the feedback. 3 comments after only a night after i post my entry is a HISTORY for me.hehe

thank you for the inspiration. hope everything is well with everyone=)

Sharif Ahmad said...

mamawana : puitis sastera mu persis andrea
zenki : all d best exam !
hajar za : ngaji sungguh nak exam nh ..em bytheway its impressive !

Khaulah Azwar said...

Lama x menjejak ke rumah adik hebat akk ni =)
Owh sudah mengkhatam Sang Pemimpi? dengki ni (ayat bonda Khai, hehe)..akk pun tau dr khai & syikin ttg novel pembangun jiwa ni..
Btw, syukran for the sharing, x sbr nk dptknnya =)
Hope Hajar baik2 aja, strive for success for dz sem until ur last sem :)
Mz u adik!

hajarzainal said...

terima kasih atas maklum balas.

kak azwar=)
miss u too.
datang la sini kak, byk boleh celoteh2..hehe