17 october 2010 Selesai membaca saasatul ibad, sebuah lagi karya agung faisal tehrani. Kembali ke alam melayu lama. Memahami. Mengerti. Menghayati.
Faisal tehrani berpesan di nota pengarang. ‘selamat dikejutkan, jangan katakan yang saya tidak berpesan dari awal’..ha, menarik sekali kata- kata pembukaan.begitu mengujakan. Mengundang minat. Tercari- cari di mana kejutan itu.
Bukan sedikit rasa bosan dan mengantuk. Bab pengajaran ilmu- ilmu sebagai political players@pemain politik@saasatul ibad acap kali diakhiri dengan tertidur. Tinggi bahasa. Dalam makna. Hilang sabar, tinggalkan sahaja dulu. Habiskan kisah di zaman pemerintahan Sultan Mahmud Mangkat di julang. Uweek, memang serasa ingin muntah tatkala menghampiri klimaks cerita ini. Dan semestinya terkejut seperti yg dijanjikan pengarang!!
Acap kali kala tiba di bahangian bahasa melayu klasik (aneh bg saya) dan pantun yg dalam maknanya, saya perlu membaca dengan kuat untuk lebih menghayati.ha~
Saasatul ibad adalah bimbingan rohaniah Dato Utama Mahdi Hasan untuk Tun Abdul Jalil dalam menyediakan beliau sebagai pelaku siasah yang hebat. Inilah didikan dalam usaha projection beliau untuk melahirkan pemimpin yang berkebolehan dan berkemampuan.
Teringat tatkala membaca karya Paramoedya Ananta Toer, sasterawan agung Indonesia. Ummi dan Abah tidak henti- henti berdiskusi tentang karya beliau. Ada 4@ 5 novel beliau. Ia rentetan. (Anak Bumi, Rumah Kaca…). Diskusi mereka begitu menarik minat, saya menekuni seusai peperiksaan PMR. Belajar menghargai kehidupan. Bukan mudah hidup di bawah naungan penjajah dan berhempas pulas memperjuangkan kemerdekaan.
Masih teringat tatkala meberitahu abah, “Abah, kak long baru habis baca Tenggelamnya Kapal Van der Wick Buyya Hamka”. Kata abah, buku tu sangat best. Tak boleh berhenti baca tengah- tengah jalan sebab pasangan kekasih tu sentiasa saling berbalas surat.haha,tergelak saya abah kata gitu. Tulis buyya Hamka di nota pengarang. Semua orang mengutuk saya sewaktu saya menghasilkan novel ini. Kata mereka bagaimana mungkin seorang ulama menghasilkan novel cinta. Jujurnya, bukan sekali dua sewaktu pembacaan ,saya melopong membaca tulisan-tulisan cintan cintun karya ulama itu. Owh,benarkah ni tulisan buyya Hamka?bukan novel alaf 21? Kerana cinta adalah anugerah, tulis beliau lagi.
Peperiksaan akhir semester akan bermula kurang dari 2 minggu. Ada timbunan nota yg perlu dihabiskan. Ada lautan ilmu yg perlu di gali. Berikan saya kata-kata aluan yang hebat.moga mengundang minat dan ketabahan yang jitu untuk menghadapinya. =)
selamat membaca.selamat mencari ilmu.
Tuhan kurniakan kami pemimpin yang beriman dan berikan kami kekutan padu untuk berpegang teguh pada ajaran agama MU.amen.
p/s- terima kasih hannah pinjamkan saasatul ibad yang hebat! =)
No comments:
Post a Comment