Monday, January 21, 2013

23 Disember 2012


Esok 23 january 2013, sebulan selepas 23 Disember 2012. Hari kelahiran sofea.

Expected delivery date sofea ialah pada 8 january, tp sofea nak lahir tahun 2012.
23 Disember 2012, tgh hari sebelum solat zohor perut sakit, rupanya contraction pain dan keluar lendir yg later at the hospital I was told it was leaking liquor..x tahu pun itu air ketuban. Sakit dtg dan pergi..suami tidur tengah hari dan sy sempat siapkan nota list of brand name several drugs yg asyik lupa saje masa kerja.

lepas zohor kadar sakit makin kerap. Fatimah call..awk, sy beranak dah. Cpt lah beranak jgk.takut nanti anak sy tua dr anak awk (sbb tarikh edd kami sama).haha. lucu btol. Sy jawab yelah sy sakit perut dah ni. Fatimah suruh kira 2 10, 2 10. 2 contractions in 10 minutes and my husband and I start counting it.mmg ye pun tp sy rasa malas lg nak g hospital sbb pernah dgr cerita false contraction pain dan jalan yg terbuka 3cm tp masih di latent phase, tak bersedia utk delivery lagi.

Solat asar..the pain intensify and the frequency increase. Abes semayang, sy x larat dah..sakit benor dan ajak suami g hospital. Dia dari tadi lg dia mmg semangat nak g hospital. Sume barang2 bersalin dah lama siap packing dan letak dlm kereta. Masa odw sempat lagi fikir, harap2 la beranak tak da la malu pergi balik hospital dan x payah iron baju utk g kije esok.keh2. malas iron baju ok.

Sampai2 kat low risk ramai jgk rupanya yg dok menunggu atas kerusi. Xleh jadi ni, bila sakit dtg kena buat mcm sakit btol baru dpt perhatian.hehe. buat muka kerut2 n genggam tangan kuat2 ramas baju (err,tp sakit btoi taw) menjadi!misi tny sakit btol ke puan? Naik atas katil ye. Yes!
misi pun letak alat atas perut n pastu letak tgn dia plak nak kira contraction, nak tgk cukup kuat tak utk btol2 bersalin. Sy nge suami senyum2 sambil bisik harap2 cukup. Kalu tak balik la kita.keh2. dln hati doa je.


ada 2 org doctor pelatih cina lelaki. Ya Allah, dlm hati zikir Ya Hafiz, Ya Muhaimin, Ya Allah peliharalah auratku.
misi, sy tanak dr lelaki tu check taw. Ok misi kata, staff nurse blh? Ok sy kata.
tetiba dr ho tu tanya, u tanak I sbb I ho ke? Dgn muka comel ye.
sy kata tak, Cuma sbb dr lelaki.keh2

‘buku merah jgn lupa bawa’
Dia pun check buku merah sy, oh, baby u kecik ye.
dr tu ckp gitu la, maka dtg la dr mo check.
respect la dr ho tu sbb menghormati permintaan sy, duduk belakang langsir shj sambil mencatat.
rupanya dah 5 cm n afi dah 5, air ketuban dah sket.
bahaya.
terus kena tolak atas kusi roda naik level 1 high risk labour room.

7.30 masuk labour room. 6 cm terbuka.
kena masukkan oxytocin dan daya kekuatan contraction pun bertambah.
sakitnya masa ni Tuhan saje tahu.
mujur ada suami di sisi Alhamdulillah.
suami suruh sy sedut entanox gas, a pain killer.
tp sy rasa benda tu tak beguna pun..sakit jgk.
tiba2 rasa nak muntah plak..suami kata side effect  gas tu nausea vomiting.
urgh, x mau benda ni lagi..perut sgt sakit. X sanggup rasa nak muntah plak.

Byk lg benda berlaku sebenarnya..
tp bila teringat kenangan di labour room rasa sgt seriau, ngilu dan takut.
masya Allah, hanya dgn rahmatNya sy telah melalui hari itu.
Bila cukup 10 cm mula la proses meneran
x sangka x menjadi rupanya mcm yg sy baca2 sebelum ni
masya Allah, lama jgk baru bayi keluar.

masya Allah, sakit terus hilang lepas bayi keluar. subhanallah.
yg seksa selepasnya adalah sakit jahit epi, dan bayi sy saiznya kecil 2.39kg. small gestational age.
Terus di hantar ke special care nursery utk 3 hari monitoring.

5 hari selepas lahir, barulah baby discharge dr wad dan pulang ke rumah.
masya Allah
it was a really painful, tiring, stressful & challenging week for me.
terima kasih Allah semuanya telah berlalu dgn baik dgn rahmat kasih ALLAH.
Alhamdulillah ada suami & keluarga di sisi.
syukur.

No comments: