Wednesday, February 25, 2009

GEMBIRA seperti GARAM.



Ada satu cerita menarik untuk dikongsikan bersama. Ada seorang raja yang mempunyai 7 orang anak perempuan dan 7 orang menantu. 6 menantu lelakinya sangat kaya raya tetapi salah seorang dari mereka miskin tetapi bijak (he’s a wise man). Nak dijadikan cerita, raja ni dapat anak seorang lagi (kawan saya gelakkan saya bila saya tanya dia. Raja ni dah ada 7 orang menantu tapi dapat anak lagi? =) Nak konfemkan sebenarnya. Cerita ni diceritakan dalam kelas oleh lecturer kami.) bila raja ni dapat anak baru, semua menantu dia yang kaya hantar ucapan tahniah beserta hadiah yang mahal- mahal kepada raja tersebut kecuali menantunya yang miskin ini. Dia sekadar sampaikan kiriman ucapan tahniah dan berpesan kepada kepada pengirim utusan tu supaya sampaikan kepada ayahn mentuanya bahawa dia sangat gembira seperti garam. Apabila utusan tersebut menyampaikan pesanan itu kepada raja, baginda sangat murka dan berkata kepada isterinya.. tengok apa yang menantu kita yang seorang tu, dia kata dia gembira seperti garam. Apa ada pada garam?huh, kononnya bijak. Awak lah, nak bermenantukan dia sangat. Raja sangat murka dan mula menyalahi isterinya. Apabila menantu yang bijak dan miskin ini tahu tentang kemarahan raja terhadapnya, dia menjemput raja dan isterinya ke teratak mereka untuk makan malam. Dia menyuruh isterinya memasak pelbagai jenis makanan; lembu, kambing, ayam, itik dan sebagainya menggunakan semua jenis ramuan terbaik yang disediakan. Lelaki tersebut berpesan kepada isterinya supaya menggunakan semua jenis ramuan kecuali GARAM. Apabila raja dan permaisurinya datang, mereka sangat gembira melihat semua jenis makanan tersebut dan terharu atas sambutan sebegitu rupa oleh anak dan menantu mereka. Namun, apabila mereka mula menjamah makanan tersebut, lain rasanya..tawar. berubah lah air muka raja tersebut dan dia bertanya pada menantunya. Apa pula kamu ini kali ini wahai menantuku? Menatu yang bijak itu menjawab. Ayahanda, lihatlah, terbukti betapa pentingnya garam dalam hidup kita. Justeru saya tidak memperlekehkan ayahanda bila saya kata saya gembira seperti garam bila ayahanda dikurnikan anak lagi.=) seusai cerita tersebut, dalam gelak tawa seluruh kelas, dr menyambung lecturenya, salt in chemistry known as sodium chloride. In separation technique………..

Saya sebenarnya jadi gembira dan suka mendengar cerita ini. Dah lama tak dengar cerita oleh guru dalam kelas. Berbeza benar dengan zaman bersekolah dulu. Selalu dengar cerita- cerita yang menarik. Lebih- lebih lagi kalau dapat ustaz yang baru balik dari timur tengah. Ada cerita waktu dia belajar di al- azhar, sebulan exam period dia sakit kepala. Lepas makan ubat dia tertidur sehari semalam, bila bangun2, tengok2 dekat botol ubat tu tulis ‘untuk orang gila’.hehe. tak tahu la ubat apa tu dan ntah benar ntah tidak cerita tu.ada juga cerita pengalaman ke London bekerja sebagai penggutip buah strawberry waktu cuti musim panas. Duit gaji tu, bila ditukar ke ringgit jadi sangat banyak, terlompat- lompat gembiranya dia. Ada juga cerita bermain salji di Kashmir. Kata ustaz, dunia telah mengubah pandangan umum terhadap Kashmir, sebenarnnya ia tempat yang sangat cantik dan bukannya ada peperangan saje di situ. Dan ada juga pengalaman di Afghanistan dan Pakistan.

Savor each chapter of life as you face it.

No comments: