Saturday, February 28, 2009

Getting closer to God: 1st IIUM Interfaith Dialogue




282

Dialog antara agama yang pertama kali di uia kuantan. Disertai oleh wakil dari setiap agama. Mr Shah Kirit bin Kalkulal Govindji (IIS),Reverend Benedict Eugene (St Thomas Church),Mr Michael Kok (Soka Gakkai & Mr Rajagopal (Hindu Sangam) .Kawan saya kat tepi dah takut, takut tergugah keyakinan terhadap akidah luahnya. Saya kata, baca surah an-nas banyak- banyak moga dijauhkan dari hasutan syaitan. Kawan saya kat sekolah dulu pernah pesan macam tu, sekarang buat medic di Usm Kubang Kerian. Dulu kami baca novel Maria, novel yang ayah saya berikan..cerita seorang wanita yang menerima hidayah ISLAM sewaktu zaman Attarturk berjaya menghancurkan khalifah islam Uthmaniah. Maria, ayahnya atheis, ibunya kristian, dan dia akhirnya memilih islam kerana cinta pada Abdul Wahab & tidak dinafikan dia sebenarnya sudah tertarik kepada Islam sebelum menemui lelaki itu lagi. Ada terlalu banyak persoalan tentang agama lebih- lebih lagi ada satu bab Abdul Wahab berhujah dengan paderi tentang soalan- soalan yang biasa non- Muslim tanya tentang islam. Novel ni tak boleh baca sekerat-sekerat sebab banyak persoalan tentang Islam yang kita sebenarnya tdk mampu jawab. Menariknya, novel ini adalah kisah benar, diceritakan sendiri oleh Maria kepada pengarang buku ini, dan akhirnya dialih bahasa ke Bahasa Melayu.


Pada sesi pagi interfaith dialogue, semua agama diberi peluang 20 minit untuk membentangkan pasal agama masing- masing dengan tajuk Concept of God in the light of sacred scripture, seusai sesi tersebut ada sesi soal jawab. Beratur panjang orang- orang yang nak tanya soalan. Saya tak pernah tengok suasana begini..antara soalan yang saya ingat,kenapa dalam Quran, Allah kata Dia adalah Satu tetapi pada ayat2 lain, Tuhan guna perkataan kami (nahnu) bila describe pasal diri sendiri. Kata Mr. Shah, this is a matter of language..dalam bahasa arab, nahnu ada 2 makna, makna pertama merujuk kepada bilangan yang banyak, makna kedua adalah royalty. Justeru, bila Allah guna perkataan nahnu, ia merujuk kepada kekuasaannya bukan bilangan yang banyak. Sebab tu lah bila Quran diturunkan dulu, sahabat2 tak tanya Rasulullah kenapa Allah guna nahnu sebab mereka benar2 faham bahasa Arab. Sama juga macam sekarang, bila Quen Elizabeth bagi ucapan, beliau akan kata..we, Queen Elizabeth.. we bukan maksud ramai tapi maksudnya royalty, kekuasaan, power. Soalan- soalan yang ditujukan pada agama- agama lain kebanyakan tidak memenuhi kehendak jawapan penanya. Mr. Shah kata Negara kita x biasa lagi dengan program dialog interfaith macam ni, jadi kita terima dulu jawapan mereka sekarang tapi suatu hari nanti kalau keadaan dah berubah kita mungkin boleh argue mereka..i don’t agree with you, I want a answer with strong justification. Mr Michael Kok pun ada minta maaf kalau jawapan tidak memenuhi kehendak soalan, kata beliau give us some time & maybe we are able to share with you in another time.

Ptg ada sesi Dare to Ask about Islam. Ada beberapa soalan yang menarik yang saya biasa dengar tapi tak tahu jawapannya..

· Kalau dunia ni betul- betul ada tuhan, kenapa ada peperangan, kekejaman & kebuluran di dunia ini? (saya pernah tengok satu cerita cina di tv3 dulu2, cerita pasal orang2 atheis, ending drama tu, ada soalan ni..saya pun terkapai- kapai tak tahu jawapannya)

- Dunia ni ada banyak kehancuran dan kemusnahan adalah disebabkan oleh kejahatan manusia sendiri, bila manusia mula lari dari norma- norma dirinya dan kebaikan yang sepatutny ada dalam diri mereka, maka berlakulah segala kemusnahan di muka bumi ini. Jawapan ini dipersetujui oleh semua agama.

· Betul ke orang yang tidak beriman dengan Allah taala tidak akan masuk syurga? Bagaimana dengan orang- orang yang baik- baik macam Mother Teresa & Mahatma Gandhi yang megabdikan seluruh hidup mereka untuk kesejahteraan orang lain.

- Syurga dan neraka tu bukan milik kita. Jadi kita tak berhak untuk tentukan samada ia patut diberikan kepada sesiapa pun..tapi logiknya, kalau kita tak memenuhi requirement yang asas dan utama , tak mungkin kita akan lulus untuk penilaian seterusnya. Pencereamah mengambil analogi kalau di Negara kita Malaysia, kalau seseorang tu ambil 15 subjek dalam SPM dan dapat keputusan 14A1 tetapi gagal subjek Bahasa Malaysia, SPM nya dikira gagal kesuluruhannya kerana requirement asas untuk dikira lulus dan mendapat sijil SPM adalah lulus Bahasa Melayu.

God, strengthen my faith, bring me & everyone around the world who truly believe closer to you.





No comments: